KUALA LUMPUR: Beban kos rawatan bagi penyakit jantung di negara ini dijangka terus meningkat sekiranya tiada tindakan berkesan oleh semua pihak yang berkepentingan dalam mengawal dan mencegah penyakit itu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
Beliau yang memetik laporan The Direct Healthcare Cost of Non-communicable Diseases in Malaysia tahun ini berkata, dianggarkan sebanyak RM3.93 bilion daripada jumlah keseluruhan RM9.65 bilion kos penjagaan kesihatan pada 2017 diperuntukkan bagi perbelanjaan merawat pesakit jantung.
"Oleh itu, kolaborasi antara Kementerian Kesihatan (KKM) dengan lain-lain agensi termasuk jabatan kerajaan, badan-badan berkanun, swasta dan badan bukan kerajaan amat penting bagi memperkukuhkan tadbir urus penjagaan dan pencegahan penyakit jantung di Malaysia secara lebih menyeluruh.
"Lebih utama, peranan komuniti amat kritikal bagi menjayakan usaha ini," katanya dalam ucapan aluan Hari Jantung Sedunia yang disiarkan secara maya di Facebook Portal MyHealth KKM, hari ini.
Dr Noor Hisham berkata, penyakit jantung atau penyakit kardiovaskular adalah pembunuh nombor satu dunia yang menyebabkan lebih 18.6 juta kematian setiap tahun di seluruh dunia.
Katanya, daripada jumlah kematian itu, 85 peratus disebabkan penyakit jantung koronori seperti serangan jantung dan penyakit serebrovaskular atau strok yang kebanyakannya melibatkan negara berpendapatan rendah dan sederhana.
"Di Malaysia, penyakit jantung iskemia masih kekal sebagai sebab kematian utama dengan 18,515 kematian atau 17 peratus dicatatkan pada 2020, meningkat daripada 11.6 peratus pada 2000," katanya.
Sementara itu, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dalam ucapan perasmiannya menyeru kepada ibu bapa untuk menjadi contoh yang baik kepada anak-anak dalam mengamalkan cara hidup sihat bagi mengawal dan mencegah penyakit termasuk penyakit jantung.
Katanya, gaya hidup yang kurang sihat seperti pengambilan makanan tinggi lemak, garam dan gula, tabiat merokok, tidak bersenam dan tekanan meningkatkan risiko seseorang kepada pelbagai penyakit.
"Jika kita hendakkan anak-anak yang sihat dan cergas, sebagai ibu bapa, kita hendaklah terlebih dahulu mengamalkan cara hidup sihat. Malah ibu bapa mesti mewujudkan persekitaran dalam menggalakkan pengamalan cara hidup yang sihat," katanya.
Dr Noor Azmi berkata, sambutan tahun ini yang bertemakan 'Hargai Jantung, Sayangi Kehidupan' antara lain bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat bagi mencegah penyakit jantung dengan mempertimbangkan cara terbaik menghargai jantung demi kemanusiaan, alam semula jadi dan untuk diri sendiri. - BERNAMA
Bernama
Thu Sep 29 2022
Dianggarkan sebanyak RM3.93 bilion daripada jumlah keseluruhan RM9.65 bilion kos penjagaan kesihatan pada 2017 diperuntukkan bagi perbelanjaan merawat pesakit jantung.
Kasino di Forest City: 'Tuduhan jahat cuba gagalkan pembangunan SFZ'
Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, ia juga dilihat mengulangi persepsi negatif berbentuk hasutan dan fitnah yang ditimbulkan pihak tertentu kepada Forest City pada tahun 2018.
Belian baharu tingkatkan Bursa Malaysia
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI naik 2.28 mata kepada 1,602.95 daripada 1,600.67 pada Jumaat lepas.
Dua kakitangan KKM cedera, pacuan empat roda terbabas di lebuh raya
Kemalangan berlaku kira-kira satu kilometer daripada lokasi sebuah bas terbabas menyebabkan 41 penumpang dan pemandu cedera, semalam.
Eulogi mendiang Mutang Tagal sentuh jiwa ramai
Ucapan memperingati kebaikan dan keperibadian Mutang yang disampaikan tiga orang anak dan adik mendiang membuatkan ramai yang menitiskan air mata.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9.01 pagi, ringgit merosot kepada 4.7420/7465 berbanding dolar AS daripada 4.7385/7410 pada Jumaat lepas.
Kapal perang TCG Kinaliada milik Turki singgah Malaysia
Dalam pelayaran ke Jepun, Malaysia menjadi negara ketujuh yang menjadi persinggahan TCG Kinaliada.
Wanita 'posing cantik' di jalan rosak
Ummu Hani turut menjelaskan bahawa jalan yang rosak itu merupakan jalan penghubung yang sangat penting buat penduduk di kawasan berkenaan.
Bibik 'sakit jantung' tengok bil elektrik melambung
Video berdurasi 20 saat yang dimuat naik di laman sosial, TikTok milik @Alyaninazirah, telah tular dan menjadi bualan ramai.
Mayat kru kapal warga Malaysia jatuh laut ditemukan di perairan Bangladesh
Buat masa ini, mayat mangsa masih berada di Bangladesh untuk proses bedah siasat.
PM Anwar akan bertemu 30 pemimpin industri, ketua negara semasa lawatan rasmi
Secara kebetulan, tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 hubungan dua hala Malaysia dan Qatar, yang bermula sejak 1974.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 18 Februari 2024.
Bekas pegawai khas ADUN Batang Kali meninggal dunia akibat sakit jantung
Mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan serangan jantung.
ATV terbabas: Dua pesara maut sebab lemas, serangan jantung
Dua pesara kerajaan yang maut selepas kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi (ATV) terbabas ke dalam parit di Pontian masing-masing akibat lemas dan serangan jantung.
Kos rawatan sakit jantung dijangka meningkat jika tiada tindakan berkesan - Dr Noor Hisham
Penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu dunia yang menyebabkan lebih 18.6 juta kematian setiap tahun di seluruh dunia.
Setiausaha Agung PKBM meninggal dunia akibat serangan jantung
Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia selepas dua hari mendapat rawatan di Hospital Besar Melaka.
Bekas Maharaja Jepun alami masalah jantung
Kerabat diraja Jepun pada Selasa mendedahkan bekas Maharaja Akihito mengalami masalah kegagalan jantung.
Ambil perhatian jika jantung tiba-tiba berdegup laju
Tanda degupan jantung laju dan berbahaya apabila kita mengalami bersama rasa pening kepala, pengsan, sesak nafas dan sakit pada kawasan dada.
'Lebih baik tikam saja saya daripada fitnah sebegini' - Jasmin Hamid
Jasmin mohon netizen henti fitnah terhadap suaminya.
Ayah banting tulang demi anak sakit jantung
Seorang bapa yang sudah menjangkau usia emas sanggup membanting tulang memandu lori barang bagi menampung kos ubat-ubatan anaknya.
Pegawai FIFA meninggal dunia ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia Nigeria-Ghana
Joseph Kabungo, meninggal dunia akibat serangan jantung selepas perlawanan di Stadium Moshood Abiola di Abuja.